2012/10/27

Nilai kasih sayang dalam kehidupan...

Gambar Hiasan: Kasih sayang kekal hingga ke Syurga...

Saya secara peribadinya agak tersentuh apabila melihat gambar seperti diatas...kerana gambar ini mengingatkan kepada ibu dan bapa saya dirumah...melihat orang tua berkasih sayang dan bercinta menyedarkan kita tentang erti sebuah kasih sayang...saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kedua ibubapa saya dalam pose begini kerana ayah saya sedang lumpuh di rumah...akibat komplikasi semasa dialisis... (saya akan siapkan satu artikel lain berkenaan ayah saya dalam artikel akan datang) pendek kata memang nampak bahagia sangat-sangat apabila orang tua bercinta... (^^,) cinta yang berkekalan hingga ke syurga... 


Gambar Hiasan: Erti Ungkapan Aku Terima Nikahnya...

Apabila kita berkahwin dengan orang yang menjadi pilihan keluarga atau orang yang menjadi pilihan hati sendiri, kita pasti ingin selamanya hidup bersamanya...berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya...untuk anak-anak yang bakal dibesarkan dan juga untuk kedua-dua belah ibubapa...kita pasti akan berusaha untuk menjadi terbaik dimata pasangan kita...dan merasakan segala impian kita pasti akan tercapai...namun pernahkah kita terfikir tentang kisah cinta orang lain yang ditunjukkan oleh Allah SWT...kisah cinta luarbiasa yang jarang sekali kita dapat lihat mahupun mempercayainya dengan mata sendiri...

Saya berpeluang untuk menyaksikan satu kisah cinta agung yang membuatkan pandangan saya tentang cinta berubah sama sekali...satu kisah pengorbanan seorang suami yang meninggalkan segalanya demi untuk menjaga isterinya yang terlantar lumpuh dan mengalami kerosakan kekal otak...

Kisah Cinta En Abil Fikri & Pn Fauziah


Kisah Cinta Luarbiasa En Abil Fikri & Puan Fauziah...

Kita seringkali dimomokkan dengan kisah kecurangan suami semasa si isteri sibuk melayan anak-anak dirumah, kisah artis bercerai setelah berkahwin tak sampai setahun...kisah orang kaya kawen buat video perkahwinan ala-ala kisah di kayangan dengan kos puluhan ribu...segalanya adalah sekadar satu cerita andai di bandingkan dengan kisah diatas ini...saya  tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir apabila melihat secara langsung bagaimana En Abil Fikri memberikan isterinya susu melalui tiub yang dipasangkan secara langsung ke dalam hidung...dan ianya perlu diberikan setiap 3 jam tanpa gagal untuk mengelakkan tekak isterinya kering dan melarat kepada kompilasi lain pula...setiap 3jam perlu diberikan tanpa gagal...bagaimana En Abil Fikri tidur dan berehat? diantara waktu 3 jam itu...samada siang atau malam...jadi untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan pelindung kepada isterinya, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga isteri beliau yang cacat sepenuh masa...


Menurut En Abil Fikri, segalanya terjadi selepas Puan Fauziah mula tidak mengambil ubat yang mampu mengawal penyakit asma dari menyerang...semata-mata kerana kesan ubat asma itu dapat membuatkan dirinya berisi...natijahnya berlaku satu serangan yang mengubah kehidupan mereka sekeluarga...serangan asma yang tidak terkawal telah membuatkan bekalan oksigen ke otak Pn Fauziah tidak sampai dan menyebabkan otaknya mati...walaupun doktor berjaya mendapatkan semula denyutan jantung, namun Pn Fauziah sebenarnya telah "meninggal dunia"...hidup dengan kasih sayang dan belaian mesra En Abil semata-mata...tanpa deria sentuhan...tanpa pendengaran dan tanpa penglihatan...segala hubungannya dengan persekitaran telah terputus...keadaan "living death" Pn Fauziah menyebabkan En Abil Fikri menjaganya dengan penuh tanggungjawab...tanpa ditinggalkan walaupun hanya sekejap...

Keadaan Pn Fauziah yang terlantar membuatkan En Abil Fikri perlu menjaga dengan 200% "extra care". En Abil Fikri akan pastikan sebelum tidur, tiada benda yang dapat mencederakan Pn Fauziah...kerana satu luka pasti akan meningkatkan kos perubatan isteri tercinta...kalau Pn Fauziah tidak tercedera dan dalam keadaan biasa, kos sebulan mencecah RM2500 sebulan untuk perubatan dan bil elektrik untuk penghawa dingin 24jam...tapi kalau Pn Fauziah tercedera hatta luka kecil sekalipun, perbelanjaan untuk ubat ubatan akan meningkat sehingga RM4500 sebulan...kulit orang sakit koma sangat-sangat sensitif...namun kalau nak dibandingkan dengan kulit orang yang mampu menguruskan diri sendiri, saya secara peribadinya sangat terkejut dengan cara En Abil Fikri menjaga kulit isterinya...PERFECT...tiada kesan lebam dan luka sekalipun...umum sedia maklum orang yang terbaring lama diatas katil pasti kulit belakangnya akan lebam dan membusuk kalau tidak dijaga dengan rapi...namun kulit Pn Fauziah...seperti tidak ada satu luka sekalipun...En Abil menjaganya TERLALU PERFECT...tanda cinta dan kasih sayangnya tidak terjejas walau sedikitpun.... (T___T)

Beliau berkongsi tentang ramai wanita diluar sana yang mengajaknya untuk berkahwin...namun tidak dilayan oleh En Abil Fikri...ini saya sangat-sangat kagum dengan beliau...orang lelaki kalau isteri masih muda masih cantik pun ada yang mula pasang angan-angan untuk mencari madu tualang...mula mencari "sparring partner" untuk isterinya...dan ada kes seorang "Ustaz" memiliki 11 orang isteri...adeyh...kalau 4 orang tu boleh tahan lagi...kalau 11 macam mana nak kira? hmmm...saya memandang tinggi dengan En Abil Fikri yang istiqamah menulis blog menceritakan kisah beliau untuk tatapan Pn Fauziah andai satu masa nanti, Pn Fauziah kembali seperti sediakala...peluang isterinya untuk pulih memang nampak sesuatu yang agak mustahil dalam perubatan moden...namun En Abil Fikri terus setia menunggu...terus menunggu...dan selamanya menunggu... (T___T) 


Lawatan Al Isra' Associates (Klang) ke Teratak En Abil & Pn Fauziah...

Apabila Pasangan Sakit...

Apabila pasangan sakit...umum sedia maklum, kejujuran dan kesetiaan pasti akan diuji dengan hebatnya...seorang suami pernah menjadikan alasan untuk berkahwin lain semata-mata ingin anak perempuan walaupun sebelum ini isteri pertama telah melahirkan 3orang anak lelaki...logik? serious tak logik...tapi ianya berlaku...seorang suami juga pernah menjadikan alasan isteri pertamanya mandul untuk berkahwin lain...padahal dirinya sendiri tidak pernah menjalani ujian kesuburan...logik? sangat-sangat logik...selagi ada peluang...

Hidup tak selalunya indah...kita hidup didalam dunia yang serba bersebab...setiap kejadian yang berlaku didalam hidup adalah satu ujian daripada Allah SWT bagi orang yang mengaku beriman kepadaNya...adalah sesuatu yang ganjil apabila kita mengaku beriman namun tidak pernah diuji oleh Allah SWT...Kekayaan, kesenangan, kemelaratan, kemiskinan, kesusahan, kebaikan dan segala yang berlaku keatas kita itu adalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan kita...namun apabila ujian terlalu berat seperti ini...dimanakah peranan cinta dan kasih sayang yang terpatri sejak sekian lama? 


Apa perasaan anda apabila membaca berita sebegini....


Dimanakah janji sehidup semati sebelum berkahwin? 


Nilai kasih sayang yang hilang dalam institusi kekeluargaan...

Adalah satu keganjilan apabila keluarnya berita tentang kes pengabaian kasih sayang diantara isteri dan suami, kes penderaan suami sakit oleh isteri dan anak-anak, kes salahguna wang pencen isteri yang terlantar koma oleh suami...apakah erti semua ini? dimanakah nilai kasih sayang dalam diri seorang insan...walaupun mereka yang telah sakit tidak lagi seperti dahulu...kita sebagai insan perlu ingat bahawa mereka adalah insan yang sama-sama bersumpah setia untuk hidup semati dengan kita satu ketika dahulu...mereka sedang menerima ujian dari Allah SWT...dan kita sebagai orang yang paling dekat dengan mereka juga dikenakan ujian yang lebih berat oleh Allah SWT...ujian yang menguji kesetiaan dan istiqamah kita terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...ianya adalah ujian yang paling berat apabila melihat insan yang kita sayang menderita dalam senyuman...melihat insan yang kita janji untuk sehidup semati menderita diatas katil menghabiskan sisa hidup dengan melihat senyuman yang terukir diwajah orang yang mereka cintai... 


Pengalaman saya dengan ayah saya sendiri membolehkan saya melihat sendiri bagaimana penderitaan orang sakit...bagaimana proses nak menjaga orang sakit...ketabahan seorang ibu dan juga seorang isteri menjaga orang sakit...cabaran-cabaran yang muncul secara tiba-tiba...ianya adalah satu proses mematangkan seseorang...ada orang yang dalam hidupnya hanya ada kesenangan dan tidak pernah merasa tentang kesusahan...apabila berdepan dengan insan yang menderita, dia masih boleh mempertikaikan adakah ianya adalah sebuah kisah dongeng dan mempersoalkan adakah ianya adalah satu konspirasi? ianya adalah satu ujian yang berat bagi seseorang yang tidak pernah rasa susah...orang yang tidak pernah merasa susah dalam hidupnya akan merasakan segala yang berlaku disekelilingnya adalah satu kisah Fairy Tales yang cuma hidup didalam rancangan kartun Walt Disney...Cinderella, Snow White & The Huntsman...realitinya, beribu-ribu orang diluar lingkungan rakan-rakan kita ditempuhi ujian yang berbagai-bagai setiap hari...



Senyuman orang yang tersayang membantu seseorang menempuh sebarang ujian...

Rakan yang setia adalah rakan yang sentiasa bersama-sama dikala kita dalam senang atau susah...memang tidak dapat dinafikan seorang rakan yang setia tidak akan mampu menggantikan sokongan dari ahli keluarga terdekat...namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan bebanan orang yang dalam kesakitan...melihat betapa ramainya rakan-rakan taulan yang datang memberikan sokongan akan membantu proses penyembuhan...melawat orang sakit adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW...kan? kenapa dianjurkan begitu? dengan melawat orang sakit, kita dapat memindahkan rasa cinta dan kasih sayang kita itu dalam jiwa orang yang sedang sakit...sekurang-kurangnya mereka tahu mereka perlu sembuh dengan cepat untuk tidak kecewakan orang disekelilingnya... (^^,) 


Susah senang kita bersama...tapi berapa ramai yang akan tinggal semasa kita susah?

Kasih sayang dalam kehidupan...ianya adalah sesuatu yang sangat susah untuk dicari...ianya adalah anugerah Allah SWT kepada insan yang terpilih...Isteri yang solehah, anak-anak yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya, harta yang berkat, rakan-rakan yang sejati adalah bentuk kasih sayang yang tidak ternilai dalam kehidupan ini...ianya adalah sesuatu yang tidak akan dapat melainkan kita sendiri memperbaiki diri sendiri dan menjadi orang yang seperti kita hendakkan itu...mulalah memperbaiki diri sendiri dan jadi yang terbaik kepada orang lain...barulah segalanya yang indah akan mula datang dalam hidup kita... (^^,) 


Rakan sejati adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai...

Pengalaman perniagaan selama 3 tahun ini mula mematangkan diri sendiri untuk memperbaiki diri sendiri...dulu segalanya berkenaan duit semata-mata...namun bergaul dengan bermacam-macam jenis orang, saya mula memahami kasih sayang semasa insan...nikmat apabila melihat senyuman di wajah seseorang yang tidak dikenali hasil sesuatu yang telah kita lakukan...ianya adalah satu kenikmatan yang tidak dapat dipelajari di Universiti atau dimana-mana...bagaimana pula mengukir senyuman di wajah orang yang kita sayang? pada ibubapa? pada rakan-rakan? pada sanak saudara? pada jiran? pada masyarakat? pada diri orang yang kita tidak kenali? ianya adalah nilai kasih sayang yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...semoga Allah SWT memberkati kita diatas setiap kebaikkan yang kita lakukan...InsyaAllah...