Saya pernah terjumpa dengan seorang lelaki yang agak berumur di Pasar Tani Shah Alam tahun lepas. Setelah saya approach lelaki berkenaan terus reject dan memberikan alasan bahawa beliau tidak memerlukan sebarang penerangan berkenaan produk takaful atas alasan "KWSP beliau cukup sampai cucu cicit..." wow...dalam hati saya walaupun agak kecewa dengan responds yang diberikan...kaya betul pakcik nie...KWSP saja dah boleh wakafkan pada anak cucu...realiti simpanan KWSP di Malaysia yang ramai orang tak amik kisah dan tak amik peduli...
Hari ini kita disogokkan dengan berbagai cerita menarik berkenaan skim KWSP ini...siapa yang tidak sedar bahawa KWSP hanya memberikan dividen 6% pada 2011 iaitu divident tertinggi dalam dekad nie (Rujuk disini).
Kadar dividen KWSP dari tahun 1990 sehingga 2011 |
Sebagai seorang yang mendalami ilmu ekonomi, adakah cukup dividen 6% ini untuk menangani faktor inflasi dalam negara? apakah maksud inflasi? dalam bahasa mudahnya kalaulah dividen tu duit beranak pinak...inflasi nie pulak duit menguncup atau duit semakin susut nilai...kadar inflasi dalam negara pada Januari 2012 adalah 2.7% (Rujuk disini)
Secara ringkasnya duit dalam KWSP pada tahun 2011 hanya berkembang pada kadar (6% - 2.7%) = 3.3% setahun...ini adalah kenyataan yang anda perlu tahu dan perlu mengkaji sedalam-dalamnya...tak percaya? adakah anda sanggup menunggu 30tahun untuk mempercayai kebenaran kata-kata saya? sudah terlalu lambat...30tahun lagi, even saya pun tak tahu adakah blog saya ini masih akan berlegar-legar di World Wide Web... (^^,)
Cukup ke dividen 3.3% setahun? kadar inflasi 2.7% secara kasarnya diperolehi daripada penilaian secara menyeluruh...bagaimana pula saya katakan bahawa kadar inflasi sebenar di Malaysia adalah lebih daripada 2.7% setahun...tak percaya? sapa pernah beli kuih kat area Klang & Shah Alam? satu ketika dahulu RM1 boleh beli berapa banyak kuih? sekarang nie RM2 boleh beli berapa bijik kuih? sekarang nie 5bijik kuih biasa-biasa RM2...kalau donat dan kuih yang banyak guna gula sebijik 50sen...dulu pulak bagaimana harganya? 4bijik donat baru RM1...ini pun salah satu dari inflasi jugak kan...hihi (^^,)
Bagaimana pula inflasi kos perubatan di Malaysia? rujuk The Star Front Page 27 May 2007...
Segalanya berkenaan fakta yang ramai dikalangan kita hampir tidak sedar..Hampir setiap hari kita disogokkan dengan berita tentang kepentingan untuk persaraan namun apa yang kita lebih suka baca adalah gossip artis, berita bola sepak, politik dan bermacam-macam lagi yang hanya melalaikan kita dari tanggungjawab kita yang sebenar...rata-rata kita lebih suka melebihkan entertainment dari perbelanjaan untuk masa depan...contohnya berkorban untuk membeli sekotak rokok Dunhill RM10 sehari lebih utama dari perbelanjaan untuk plan retirement RM10 sehari...rokok bakar duit hari-hari berkotak-kotak takpa...belanja untuk medikal kad & simpanan persaraan RM10 sehari rasa tinggi sangat-sangat...susah kan? sistem yahudi mabuk dah sebati dalam jiwa kita seharian...susah nak diperbetulkan... (^^,)
Wang simpanan persaraan kita di KWSP sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan lain selain dari persaraan dan membeli rumah. Kenapa? Kebanyakkan orang kita yang masih tidak memiliki plan perubatan dan hanya bergantung kepada insurans yang company sediakan akan sedar hakikat insurans company itu hanya akan cover semasa mereka masih bekerja...bagaimana pula selepas bersara? KWSP jugak nak dikorek untuk kos perubatan...
Anda tak rasa rugi ke duit penat lelah berpuluh tahun terpaksa digunakan untuk kos perubatan? Penah pergi ke pernahkah anda berkunjung ke Institut Jantung Negara? kalau tak pernah, saya ingin sharekan dua gambar yang saya ambil semasa berkunjung melawat pesakit pada satu ketika dahulu...
Tempat pendaftaran untuk pesakit korporat & Insurans |
Tiada sebarang insurans? Print Statement KWSP dan tunjuk pada IJN... |
Buat masa sekarang, IJN adalah satu-satunya hospital semi-government yang menawarkan perkhidmatan rawatan jantung yang terbaik di Malaysia pada kos yang mampu...pilihan ditangan anda untuk menggunakan rawatan di Hospital Swasta yang lebih mahal kosnya dengan duit sendiri atau menggunakan rawatan di IJN dengan kos yang lebih rendah namun berpeluh jugaklah nak membayarnya...zaman sekarang nie segalanya memerlukan duit...mana ada benda free zaman sekarang nie...Kalaulah time dah sakit baru nak mencari insurans, memang susah lah...
Pilihan ditangan kita sendiri...KWSP adalah hak mutlak seseorang pencarum...namun kita sebagai pengguna berhak tahu financial instrument yang lain yang mampu menyelamatkan duit untuk persaraan kita itu dari digunakan untuk tujuan lain...Terpulang pada kita untuk hanya sekadar membaca artikel ini atau mencerna sebahagiannya...Semua yang dipaparkan adalah realiti kehidupan seharian...kalau kita tidak mula berfikir dan tidak melakukan sesuatu dari sekarang, ianya akan menjadi terlalu lewat dan terlalu mahal untuk memperbetulkan keadaan...hubungilah financial consultant yang bertauliah sekarang dah berbincanglah dengan mereka bagaimana untuk merancang untuk persaraan...
Anda risaukan tentang Kos Perubatan & Simpanan Persaraan anda? Dapatkan info percuma dengan mengisi beberapa maklumat peribadi anda dan saya akan menghubungi anda semula.. (Klik Disini)
Saya boleh dihubungi di Talian : 019.388.6273 atau email : uwaismokhtar@gmail.com
No comments:
Post a Comment