Takaful untuk semua |
Seringkali saya bertemu dengan prospect semasa blitz dan di booth, salah satu jawapan mereka yang paling saya suka adalah "Saya dah ada polisi..." kenapa? sebabnya prospect dah aware tentang kebaikan polisi insurans dan takaful. Biasanya saya akan bertanyakan beberapa soalan lagi seperti, "Abang amik dari company mana? Ada medikal kad sekali tak? Ada coverage kos rawatan di hospital swasta tak? Berapa limit medikal kad abang setahun?..." dan responds mereka dikala ditanyakan soalan-soalan yang sentiasa bermain difikiran ini pasti dapat membolehkan kami sebagai financial consultant dapat membuat perbualan yang lebih lanjut...
Kenapa kita perlu mengetahui setiap aspek polisi insurans dan takaful yang kita bayar setiap bulan? Seperti anda membeli sebuah kereta, anda pasti akan mengetahui berapa liter engine anda ini, berapa horsepower, tangki minyak boleh isi penuh sampai berapa liter, berapa laju maksimum boleh bawak di highway, highspeed cornering dia macamna, berapa stable kereta waktu hujan, ada ABS ke tak ada EBD, ada airbag ke tak, steering macam mana...bila dah lama pakai, tayar bila last tukar...ini semua berkaitan dengan sebuah kereta...namun nak dikaitkan dengan sebuku polisi insurans & takaful, tak kan anda bayar bulan-bulan untuk bertahun-tahun hanya semata-mata untuk menerima satu penafian yang polisi anda hanya sehelai kertas kosong yang tidak mampu membayar sesen pun kos rawatan anda di hospital...
Sebagai financial consultant, saya selalu menasihati prospect-prospect agar sentiasa peka dengan polisi insurans anda. Selalu tahu tentang Due Date, masih inforce lagi ke tak, bila last payment, lagi-lagi polisi yang dibayar setiap bulan kepada agent. Paling penting adalah adakah coverage anda up to date dengan keperluan semasa...contohnya adalah pada tahun 2006, medikal kad paling tinggi coverage RM500,000.00...sesuai lah kos perubatan pada ketika itu...tapi sekarang nie, polisi medikal kad paling rendah yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad adalah RM500,000.00 sehingga RM2.5million!! (Rujuk Kad Perubatan Takaful Health 2) setiap tahun, anda perlu review polisi anda dengan servicing agent anda...dan sentiasa bertanyakan updates tentang polisi anda ini...anda berhak untuk tahu lebih lanjut berkenaan polisi anda ini... (^^,)
Saya pernah berkenalan dengan seorang Guru Besar sekolah di kawasan Pandan. Saya menolong beliau untuk followup coverage insurans dan takaful beliau dengan Syarikat Pengendali. 15tahun beliau membayar polisi berkenaan dan rupanya coverage yang diberikan hanyalah RM10,000 untuk kematian dan RM10,000 untuk pampasan sakit kritikal. Cash value selama 15tahun caruman berjumlah RM13,000. Dan satu lagi dokumen saya followup dan mendapat feedback yang sangat-sangat mendukacitakan...dokumen tersebut bukan polisi insurans atau takaful, tapi merupakan borang permohonan untuk signup Personal Accident...nak jadikan cerita adalah guru berkenaan sedang followup untuk ke IJN untuk treatment injap jantung yang bermasalah...umur dah lanjut dan penyakit semakin senang berdamping...satu kata-kata beliau yang berbekas sehingga kini adalah, "Kenapa agent insurans & takaful tak penetrate market sekolah luar bandar? dulu masa kat Sabak Bernam waktu muda-muda mana ada jumpa agent promote kad perubatan...kenapalah saya tak jumpa awak 5tahun lepas ke sebelum saya sakit?..." sedih jugak la tak dapat membantu...kata-kata inilah yang membuatkan saya semakin kebal untuk menerima rejection dari orang-orang disekeliling yang masih tidak ada maklumat tentang kepentingan memiliki Insurans dan Takaful peribadi... (^^,)
Kos perubatan semakin meningkat saban tahun |
Saya dapat dihubungi di Tel : 019.388.6273 atau Email : uwaismokhtar@gmail.com
No comments:
Post a Comment