2012/05/04

Berapakah NET WORTH diri anda?


Assalamualaikum. 


Rakan-rakan yang dihormati sekalian. Apa yang terlintas dalam fikiran kita apabila melihat gambar diatas? Seorang kakak sedang menjaga dua orang adiknya sambil mengemis? atau seorang ibu muda yang terpaksa mengemis untuk menyara dua orang anak yang masih kecil? ataupun sindiket pemerdagangan kanak-kanak? Satu persoalan dan satu masalah. Biasanya pada hari Jumaat kalau bersembahyang di Masjid Assyakirin KLCC, akan ada adegan kejar mengejar diantara pakcik security dengan kanak-kanak pengemis bangsa asing yang tak tahu mana asal usulnya...seringkali apabila berdepan dengan pengemis, terus terang apa perasaan kita? rasa bersyukur? rasa kesian atau rasa bangga dengan diri sendiri? Sebenarnya dengan melihat mereka, kita sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana sebenarnya mereka lebih kaya dari kita...kenapa? 




seringkali kita memandang sepi setiap wajah insan yang hidup bergelangdangan...beratapkan langit, beralaskan rumput...makanan mereka kais pagi makan pagi..kais petang belum tentu esok boleh makan...namun sebenarnya NET WORTH mereka adalah lebih tinggi dari sesetengah individu yang kita kenal...tak percaya? tahukah kita apa maksud net worth? (^^,) 






Untuk membuat pengiraan ini, anda perlu menyenaraikan segala nilai harta semasa yang telah anda miliki seperti tanah, rumah, kereta, KWSP, Unit Trust, ASB, dan duit anda di bank. Dan nilai tersebut perlu ditolak dengan nilai semasa semua hutang anda samada personal loan, hire purchase kenderaan anda dan hutang perniagaan. Hasil yang tercapai adalah nilai Net Worth semasa diri anda. Adakah ianya adalah satu angka yang boleh dibanggakan? (T__T) kebanyakkannya pasti memiliki angka negatif...tak percaya? cuba anda kira...hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang personal loan, hutang astro, dan bermacam-macam jenis hutang lagi...pasti memeningkan kepala...namun satu perkara yang anda perlu sedar adalah...sewaktu kita masih bernafas pun kita masih tak mampu nak positifkan nilai Net Worth diri sendiri...dan bagaimana pula setelah kita meninggal? siapakah yang nak membayar hutang piutang kita itu? keluarga? mak ayah? isteri? anak-anak yang masih bersekolah? 


Bagaimana nak perlindungan takaful dapat membantu kita dalam menaikkan nilai Net Worth diri? Tahukah anda polisi takaful & insurans juga boleh dikelaskan sebagai asset? Kenapa? Polisi yang ber pampasan kematian yang tinggi dapat memberikan CASH segera kepada ahli keluarga. pampasan bukan secara staged yang diberikan secara berkala, namun ianya adalah "seketul"...sekaligus...contohnya pampasan kematian RM1,000,000.00...pihak syarikat akan memberikan cek RM1,000,000.00 yang boleh ditunaikan oleh pewaris yang dinamakan. Cash ini boleh digunakan untuk membayar segala hutang yang tertunggak & juga dapat digunakan untuk tabungan masa depan. Bayangkan RM1,000,000.00 dimasukkan kedalam saham amanah yang mampu memberikan pulangan dividen 35% setahun...setahun divident keuntungan semata2 adalah RM350,000.00...ok kan? rata-rata siapa yang anda kenal memiliki gaji tahunan RM350,000.00? Pampasan kematian memang tak dapat menggantikan diri kita pada keluarga...namun sekurang-kurangnya kita meninggalkan mereka bukan dalam keadaan yang meminta-minta...orang utara cakap meninggal tutup mata rapat... (^^,) 


pengiraan net worth nie memang sesuai untuk rakan-rakan yang concern tentang masa depan dan concern pada keluarga mereka...boleh menghubungi saya di talian 019.388.6273 ataupun emailkan soalan anda ke uwaismokhtar@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut...



No comments: